MENJANA KEMENANGAN BA DALAM TAHUN 2004

APA SALAHNYA TERBITAN 
TIDAK BERKALA?

Oleh Muhamad Fadlol Hadi 

26 Mei, Kuala Lumpur: KDN diminta tidak mengambil sebarang tindakan di luar bidang kuasa terhadap mana-mana penerbitan tidak berkala yang diterbitkan untuk sekali (satu kali terbitan sahaja) seperti yang diizinkan oleh Akta Penerbitan dan Percetakan. Beberapa orang Editor Bebas yang giat menulis dan menerbitkan isu-isu politik menyifatkan langkah KDN menggeledah terbitan tidak berkala Haraki dan terbitan isu semasa oleh Suria Janib baru-baru ini sebagai usaha terdesak parti elit pemerintah menyekat maklumat dari terus disampaikan kepada rakyat negara ini. 

Terbitan “tidak berkala” ialah terbitan yang tidak memerlukan permit penerbitan dan ianya bersifat sekali untuk satu-satu tajuk atau maskhead yang digunakan. Jika terbitan itu dibuat dengan menggunakan maskhead yang sama untuk kali kedua atau seterusnya, maka terbitan itu boleh dianggap berkala. Terbitan tidak berkala juga tidak terikat dengan tarikh keluaran, bilangan terbitan, minggu atau hari. Ia bebas diterbitan asalkan tidak bersifat harian, mingguan atau bulanan seperti majalah atau akhbar harian, mingguan dan bulanan. 

Bagaimanapun, beberapa sumber memberitahu, KDN kini berada dalam dilemma bagi menguatkuasakan Akta Penerbitan dan Percetakan yang jelas memberikan “kelonggaran” kepada mana-mana penerbit untuk menerbitkan apa sahaja bahan terbitan secara tidak berkala. 

Secara umumnya, KDN menggunakan pendekatan psikologi untuk menghentikan segala usaha individu dan berkumpulan dalam menerbitkan terbitan-terbitan tidak berkala yang berbau politik “mendedahkan” kepincangan kerajaan BN dan kepimpinan UMNO dalam negara ini. UMNO sebagai parti elit yang kian ditekan oleh iklim politik semasa, kini seakan-akan menuntut  supaya KDN memburu apa sahaja penerbitan isu politik yang mengancam kesejahteraan Mahathir dan bahteranya dari terus diserang: oleh pena-pena tajam para penulis dan wartawan yang cekal dan berani. 

Dalam perkembangan lain, terbitan-terbitan tidak berkala yang menyentuh isu politik kurang aktif selepas pilihanraya umum lalu berikutan “suhu” politik yang makin dingin berbanding sebelumnya. Bagaimanapun, terbitan “Haraki” yang direka cipta dalam bentuk tabloid mendapat sambutan hebat dari para pendokong BA. Jualannya hampir mencecah angka 100 ribu naskah dan ini patut dirasai kegembiraannya oleh pejuang media, Ahmad Lutfi Othman yang kini mulai berada di baris hadapan dalam medan perjuangan “membebaskan” media dari cengkaman penjajah baru, UMNO. 

Susulan “Haraki” yang menggemparkan KDN, kerana kata satu sumber, ia menjadi terbitan “puaka” yang jika tidak disekat segera, akan menular lebih banyak lagi terbitan sedemikian rupa yang tentunya akan mengguris hati para pemimpin Melayu UMNO yang sudah tidak boleh tidur lena. 

“Kalau kita biar Haraki, esok banyak lagi yang tumbuh dalam bentuk tabloid. Soalnya, ia surat khabar politik! Kalau hiburan, lantak le!,” tegas satu sumber dari KDN yang “penin” kepala melihat gelagat wartawan muda yang berasal dari tempat PM itu. 

Dua hari lalu, satu lagi terbitan Lutfi yang tidak berkala menembusi pasaran atas jenama baru “Reformis” dengan kandungan yang tidak jauh dari “Haraki”. Sambutan luar biasa dari pendokong BA dan BN, agaknya tidak mungkin boleh diempang oleh KDN lagi. Syabas diucapkan kepada anak-anak muda reformis yang berani mencipta perjuangan baru dalam medan penulisan dan penerbitan, sekalipun terpaksa menghadapi risiko KDN dan pelbagai akta yang nakal “membekukan” aktiviti itu pada masa depan. 

Kepada Lutfi Othman yang kian berani dan Tarmizi Mohd Jam, yang bakal menemukan terbitan isu terkininya, “Umno 2000 Untuk Dijual?” dan Suria Janib, jangan putus asa. Selagi ada kelonggaran Akta, teruskan perjuangan. 

Lawan Tetap Lawan…

 counter.bloke.com